PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MANJUNG 2019

1.0          NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Merentas Desa Pembangunan Majlis Sukan Sekolah Daerah Manjung Tahun 2019.
2.0          TARIKH DAN MASA
                Kejohanan          : 13 November 2019 (Rabu), Masa 7.30 pagi                                                           
3.0          TEMPAT               : SK Gugusan Lekir, Sitiawan.
4.0          UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN  ini   dijalankan   mengikut  Undang-Undang  Kesatuan  Olahraga  Amatur   Malaysia (KOAM), Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Peraturan Kejohanan  Merentas Desa  Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).

5.0   JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN
5.1          Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan
5.2          Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

Kategori
Peringkat Umur
Jarak
A
Lelaki bawah 16 tahun
6 km
B
Perempuan bawah 16 tahun
4 km
C
Lelaki bawah 14 tahun
6 km
D
Perempuan bawah 14 tahun
4 km
E
Lelaki bawah 11 tahun
3 km
F
Perempuan bawah 11 tahun
3 km

6.0          PENGESAHAN PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN
6.1          HARI KEJOHANAN
6.1.1                      Melaporkan diri
6.1.1.1                   Melapor diri dan sesi  Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menyemak senarai nama peserta sekolah masing-masing berdasarkan pendaftaran online.

6.2          PERTANDINGAN
6.2.1   Pertandingan
6.2.2   Penyampaian Hadiah
6.2.3   Bersurai

7.0          PENDAFTARAN PESERTA
7.1          Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 4 peserta bagi setiap kategori (Sekolah Menengah). 4 peserta bagi setiap kategori (Sekolah Rendah)
7.2               Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
7.3               Borang Pendaftaran secara ONLINE. Tarikh TUTUP pada 11 November 2019 (Isnin). Gunakan link dibawah;

juga terdapat dalam BLOG dan FB Page olahragamanjung.
http://www.olahragamanjung.org
7.4               Sebarang PERTANYAN sila hubungi;
1.       En. Bala Murugan a/l Nadeson (PTPS)           011-1518 3253
2.       En. Mohd Wazir Syafiq bin Kholil                      019-5752887
3.       En. Mohd Hairul Anuar bin Hashim 019-5745569

8.0        HADIAH – HADIAH
8.1          Bagi acara Individu
8.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima belas bagi setiap kategori.

9.0       NOMBOR PESERTA
9.1       Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan mengikut ketetapan sekolah masing-masing dibahagian hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut kain dan ukuran nombor tinggi 12 cm lebar 1.5 cm.
9.2           Penetapan nombor adalah seperti berikut:
Kategori
Warna
Catatan
A   L 16 thn
Putih ( Tulisan hitam )

B   P 16 thn
Putih  ( Tulisan hitam )

C   L 14 thn
Kuning ( Tulisan hitam )

D  P 14 thn
Hijau  ( Tulisan hitam )
Kategori  14 thn olahraga daerah
E   L 11 thn
Biru Muda ( Tulisan hitam )
Kategori  12 thn olahraga daerah
F   P 11 thn
Merah Jambu  ( Tulisan hitam )
Kategori  11 thn olahraga daerah

10.0   MELAPORKAN DIRI PESERTA
10.1   Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit  sebelum  waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung
10.2   Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing

11.0   MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan

12.0   PAKAIAN
12.1   Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian dan pada majlis penyampaian hadiah
12.2   Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata

13.0   BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM, kecuali perkara berikut  :
13.1        Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta  tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSS Perak kelak.
13.2        Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan  dengan serta merta dan tidak lewat daripada
15.2.1    Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
15.2.2   Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan            
             wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus
sahaja )

14.0   HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
14.1   Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas Desa MSSD Manjung, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
14.2   Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Merentas Desa MSSPk. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini

15.0   Yuran Pendaftaran
15.1   Sekolah Rendah  RM5.00 setiap seorang yang berdaftar.
15.2   Sekolah Menengah RM5.00 setiap seorang yang berdaftar
15.3   Yuran mestilah di bayar kepada pihak  penganjur sebelum atau semasa kejohanan.
15.4   Pembayaran melalui cek boleh di bayar di atas nama
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MANJUNG

16.0   HAL – HAL LAIN
16.1   Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
16.2   Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

16.3   Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :
16.3.1      Semasa kejohanan dijalankan
16.3.2      Di dalam dan di luar kawasan pertandingan
16.3.3      Di tempat-tempat kejohanan
16.4   Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.